Kajian sains kuantum dapati makhluk
ghaib terbentuk daripada ion positif, alah kepada cahaya Oleh Nasron
Sira Rahim FILEM Ghostbuster yang dihasilkan Hollywood, Amerika Syarikat
pada 1984 memberi idea baru mengenai suatu perkara yang tidak pernah
terlintas pada minda kebanyakan kita - hantu atau makhluk ghaib mampu
dicederakan dan diperangkap dengan peralatan sains dan teknologi. Ketika
kebanyakan pihak diganggu perasaan takut dan seram hanya sekadar
membicarakan perihal makhluk ghaib itu, ramai antara kita tidak
menyedari bahawa kajian sains d
an
teknologi menemui beberapa sifat dan ciri kelemahan jin dan hantu.
Berbeza dengan ahli agama, penyelidik cuba memecahkan teka-teki makhluk
paranormal itu dengan mencari penjelasan saintifik dengan mengkaji unsur
kewujudan hantu dan jin daripada sudut sains. Hasil kajian selama
puluhan tahun itu memang tidak diduga kebanyakan kita! Siapa menyangka
fiksyen sains dan dongeng seperti drakula terbakar apabila terkena
sinaran matahari, hantu tidak muncul pada siang selain boleh ditangkap
dan dicederakan menggunakan peralatan teknologi seperti filem
Ghostbuster; semuanya berasas. Malah, beberapa kepercayaan yang dianggap
kurafat dalam masyarakat kita seperti meletakkan gunting besi
berhampiran mayat atau menggantung cermin di hadapan pintu sebenarnya
terbukti benar mengikut sains untuk menghindari gangguan hantu atau jin!
Penyelidik yang juga Dekan Fakulti Sains Warna Universal, Universiti
Perubatan Antarabangsa Sri Langka; Prof Dr Sir Norhisham Wahab, berkata
hantu dan jin tidak memiliki unsur jasad menyebabkan mereka tidak dapat
dilihat sebaliknya kewujudan mereka terbukti menerusi sains fizik
kuantum dan mampu dikesan menggunakan teknologi gelombang. Hantu dan jin
wujud secara tidak nyata kerana tidak terikat kepada jisim, graviti
bumi serta bebas daripada ikatan karbon, molekul dan zarah. Berbeza
dengan manusia yang terbentuk daripada partikel halus atom atau unsur
yang menyusun semua benda. Hantu dan jin bagaimanapun termasuk dalam
ghaib nisbi dan boleh diukur menggunakan gelombang bunyi dan gema,?
katanya yang menjalankan kajian dalam bidang itu selama sembilan tahun.
Katanya, apabila kajian sudah memahami bagaimana unsur hantu dan jin
daripada sudut fizik, usaha terpenting iaitu membantu manusia
menghindari gangguan jin dan makhluk ghaib dapat dilakukan menerusi
penciptaan penawar dan kaedah pemulihan menggunakan teknologi. Dr
Norhisham berkata, berikutan jin dan hantu terdiri daripada unsur
gelombang, mereka dapat menguasai ruang dan masa di dalam tubuh manusia
yang mampu memberi impak negatif terhadap kesihatan sehingga ke tahap
kerohanian. Malah, badan manusia yang memerangkap gelombang ?idak sihat?
mampu memberikan kesan terhadap ?nimasi kehidupan? seseorang iaitu
kesan negatif terhadap jiwa seperti mengalami kelesuan kronik, hilang
interaksi pada deria kehidupan, malah cenderung mencederakan diri
sehingga membunuh diri. Kesan pada sistem tubuh secara fizikal pula
boleh merosakkan organ dalaman tetapi punca keracunan dalam darah atau
sebarang bentuk aktiviti kuman tidak dapat dikesan kerana ia
terselindung di sebalik gas beracun. Apabila keadaan ini berlaku,
pesakit pergi membuat pemeriksaan doktor tetapi doktor mengesahkan tiada
kuman atau bakteria yang menyebabkan kecederaan dan pesakit adalah
normal. Tetapi pesakit berasa sakit, ini adalah antara tanda gangguan
jin,? katanya yang mengusahakan kaedah rawatan menerusi syarikat Colour
Vibration Therapy (CVT). Beliau berkata, bagi merawat gangguan jin dan
hantu, kaedah pemulihannya adalah dengan mengambil kembali ruang dan
masa pada tubuh atau organ manusia yang diresap jin atau hantu. Suatu
gelombang infrasonik berfrekuensi amat rendah namun lebih kuat dirakam
secara tetap dan berterusan, dipancarkan sehingga mengganggu gelombang
hantu yang sudah meresap ke suatu bahagian; apabila hantu itu berasa
tidak selesa, mereka akan keluar dengan sendirinya dan pesakit kembali
pulih. Bagi saya gangguan hantu tidak berbahaya jika dapat dirawat pada
peringkat awal. Amalan bacaan surah Yasin pula akan mengaktifkan reaksi
kimia di dalam darah dan ini didapati memberi tekanan kepada hantu yang
tidak dapat bertahan apabila peningkatan oksigen di dalam aliran darah
sebagai tenaga murni dan suci, berlaku. Walaupun pada peringkat awal
rasukan, tubuh pesakit seperti menjadi medan pertempuran untuk mengusir
hantu yang menyelinap ke dalam ruang tubuh tersembunyi, namun akhirnya
keadaan akan kembali seperti asal. Sebaiknya untuk merawat rasukan,
hanya sapukan air sejuk atau ais yang akan memberi keseimbangan semula
melalui rakaman gelombang infrasonik yang bersamaan dengan frekuensi doa
yang ikhlas. Ia sudah cukup untuk mengeluarkan gelombang hantu serta
mengembalikan ruang dan masa pada tubuh mangsa,? katanya. Katanya,
berbanding rasukan atau gangguan hantu, perkara lebih bahaya adalah
sihir yang mampu menyebabkan kematian dengan izin Allah, isteri membenci
suami secara tiba-tiba, gangguan terhadap kesihatan fizikal dan
menyebabkan pasangan tidak mendapat anak. Dalam kes pasangan tidak
mendapat anak akibat sihir, beliau berkata, ruang dan masa pada rahim
isteri sudah dikuasai jin yang akan memakan benih suami atau isteri.
Pihaknya akan memasukkan gelombang berfrekuensi rendah yang bersamaan
frekuensi ovum dan sperma, secara berterusan untuk menghalau gelombang
jin daripada rahim isteri. Banyak kes rawatan yang saya jalankan menemui
pelbagai benda asing pelik seperti habuk kayu, kala jengking dan
permata terkeluar secara ghaib apabila gelombang dimasukkan ke dalam
badan mangsa malah ketumbuhan yang terjadi pada organ juga ghaib apabila
gelombang berfrekuensi rendah dirakamkan ke dalam air mandiannya,?
katanya. Usaha memancarkan gelombang bagi merawat gangguan makhluk halus
juga sebenarnya tidaklah sesukar seperti kita bayangkan, tidak perlu
peralatan menyerupai senjata, mesin yang besar sebaliknya gelombang
boleh diperangkap dalam medium seperti air dan unsur sesuai. Kami
menciptakan alat radionik iaitu teknologi merakamkan 99 frekuensi
gelombang berdasarkan 99 getaran tenaga atom di dalam sukros dan pesakit
hanya perlu memakan pil itu secara berterusan untuk memancarkan
gelombang ke dalam badan,? katanya. Sesuatu yang menarik adalah teori
drakula akan terbakar jika didedahkan kepada matahari adalah benar.
Hantu adalah gelombang tidak seimbang manakala cahaya matahari berfungsi
menyeimbangkan gelombang alam. Apabila gelombang tidak seimbang
terdedah kepada matahari, ia akan musnah menjadi seimbang dan hantu itu
akan terbakar. Besi pula mampu memerangkap gelombang buruk dan hantu
tidak menyukai medan elektrik, jadi konsep hantu ditembak dengan
elektrik untuk dicederakan dan disimpan dalam kotak besi seperti filem
Ghostbuster adalah benar. Begitu juga amalan meletakkan gunting besi
berhampiran mayat kerana besi mampu memerangkap atau menarik muatan
elektrik bercas positif yang terhasil apabila seseorang itu meninggal
dunia. Cermin pula mampu menyerap cahaya termasuk gelombang
elektromagnetik yang mempunyai kesan radiasi yang mencemarkan. Keadaan
ini akan menghindarkan hantu dan jin yang gemar menimbulkan perkara yang
tidak diingini. Perkara seperti ini bukan kurafat tetapi kita perlu
memahami konsepnya,? katanya. Suatu fakta ironi adalah kebanyakan
manusia takutkan hantu walaupun hakikatnya, hantu juga takut berhadapan
dengan manusia kerana penglihatan manusia memiliki foton cahaya yang
cenderung mengeluarkan atau menderma elektron untuk membentuk ion
positif. Hantu juga terbentuk daripada ion positif dan apabila ion
positif bertemu dengan ion positif dalam kesatuan tenaga elektrik, ia
mampu mencederakan atau menghindarkan mereka,? katanya.

0 komentar:
Post a Comment